Usul Jawatan Kuasa Tertinggi DAP

Usul Jawatan Kuasa Tertinggi DAP

Jawatan Kuasa Tertinggi DAP mengutok keputusan Parlimen yang tidak adil yang telah meluchutkan Fan Yew Teng sa-bagai Ahili Parlimen Kampar, bilamana ia telah merayu kapada Mahkamah Tinggi kerana kesalahan-nya di-bawah Akta Menghasut.

Ambil Perhatian yang bila Ahli Parlimen kawasan Kuala Selangor, Raha Nong Chik bin Raja Ishak, de-denda $2,500 kerana kesalahan-nya di-bawak Akta Sharikat 1965, yang meluchutkan-nya dari menjadi Ahli Parlimen, Parlimen tidak pun mengambil tindakan untok meluchutkan jawatan-nya samasa ia merayu atas keputusa tersebut.

MENYERU pehak yang berkenaan supaya menarek balek perluchutan tersubut terhadap Fan Yew Teng sa-hingga rayuan-nya tammat, atau
ADA-kan suatu pilehan raya di-Kampar untok menetukan keputusan raayat dan supaya raayat Kampar mempunyai sa-orang wakil Parlimen.

Ahli2 Parlimen DAP akan menekan untok suatu perbahathan terhadap perkara ini di-Parlimen bulan Hadapan.

Usul tersebut telah di-luluskan dengan sa-bulat suara di-meshuarat Jawatan Kuasa Tertinggi Pertai yang telah di-adakan malam tadi di-Ibu Pejabat-nya di-Petaling Jaya.