I have never claimed myself be ‘Saviour of the Chinese’ and I will never claim to be ‘Saviour of the Malays’ or anyone’s Saviour

Speech (Part 3) by Penang Opposition Leader, DAP Secretary General and MP for TanJung, Lim Kit Siang, in the Penang State Assembly on the Motion of Thanks on Thursday, June 2, 1994

I have never claimed myself be ‘Saviour of the Chinese’ and I will never claim to be ‘Saviour of the Malays’ or anyone’s Saviour

I know that in the debate, the Chief Minister Dr. Koh Tsu Koon and Gerakan Publicity Chief, Dr. Kang Chin Seng are prepared to launch a major attack on me, accusing me of being double-faced, saying one thing to the Chinese and a different thing to the Malays.

Even outside this House, Gerakan leaders joined forces with the MCA leaders, led by MCA President, Datuk Dr. Ling Liong Sik, to attack me for being double-faced.

They alleged that I have claimed to be a Chinese Saviour when speaking to the Chinese, and to the Malays, I have claimed xo be a Saviour of the Malays.

They could not produce of the former but for the latter, pointed to posters in Penang with the words “Bersatu Jayakan Tanjung 3 -DAP MELAYU MENYELAMAT MELAYU PULAU PINANG”.

In my 28 years political struggle, I had never claimed myself to be Chinese Saviour, and I will never claim to be a Saviour of the Malays or anyone’s Saviour.

The Poster was put up by the Jawatankuasa Penyeleras Melayu DAP Pulau Pinang, and they have explained why they have put up this poster.

POSTER – Bersatu Jayakan Tanjung 3
DAP MELAYU MENYELAMAT MELAYU PULAU PINANG
Poster DAP yang beriemakan Bersatu /Jayakan Tanjung 3 DAP MELAYU MENYELAMAT MELAYU PULAU PINANG telah disediakan oleh Jawatankuasa Penyelaras Melayu DAP Pulau Pinang untuk ditujukan khas kepada masyarakat Melayu di negeri ini. Ianya bertujuan untuk menyedarkan orang-orang Melayu bahawa Kerajaan Barisan Nasional negeri Pulau Pinang dan UMNO telah gagal menyelesaikah berbagai isu dan masalah yang dihadapi oleh masyarakat Melayu di negeri ini.

Disamping itu poster ini bertujuan untuk memdedahkan segala penyelewengan dan penyalahgunaan,kuasa yang melibatkan pemimpin-pemimpin BN dan UMNO. Dengan pendedahan ini orang-orang Melayu negeri ini akan sedar dan menilai semula pendirian mereka terhadap keadaan politik di negeri ini.

Poster ini bukan bertujuan bagi DAP untuk memainkan sentimen perkauman, sebaliknya untuk membuktikan DAP sentiasa prihatin dengan segala masalah dan isu yang dihadapi oleh semua kaum dan golongan rakyat negara ini. Sebagai sebuah parti berbilang kaum DAP melalui pemimpin-pemimpin Melayu didalam parti akan berusaha membela masyarakat Melayu yang merasai mereka tertekan dan tidak dipedulikan oleh pemimpin BN dan UMNO.

Ramai orang-orang Melayu telah berdampingi DAP untuk menyatakan kekecewaan mereka terhadap pemimpin-pemimpin UMNO yang telah lupa diri menjadi kaya dan bersikap sombong dan bongkak. Atas kesedaran ini orang-orang Melayu Negeri ini telah menemui pemimpin-pemimpin DAP walaupun dari parti pembangkang untuk mendapatkan pertolongan serta pembelaan. Ini membuktikan bahawa DAP bukan sahaja boleh berkhidmat kepada semua kaum tetapi sudah diterima oleh semua kaum di negeri ini.

Segala fitnah dan dakyah BN kununnya DAP anti Melayu dan Islam telah musnah sama sekali clan ditolak oleh rakyat Pulau Pinang, khususnya orang-orang Melayu.

Isu dan Masalah Melayu Pulau Pinang

1. Selamatkan Tanah-tanah Wakaf.

Penduduk-penduduk Melayu yang tinggal di tanah-tanah Wakaf khasnya dan masyarakat Melayu Pulau Pinang amnya amat tidak berpuas hati dengan rancangan Majlis Agama Islam Pulau Pinang (MAIPP) dan Kerajaan Negeri hendak membangunkan tanah-tanah Wakaf dengan mengenepikan syarat-syarat dan tujuan-tujuan tanah-tanah berkenaan diwakafkan oleh pewakaf-pewakaf.
Tanah-tanah Wakaf yang dipercayai sebanyak lebih kurang 100 hektar di seluruh Pulau Pinang amat berharga dan penting bagi masyarakat Melayu untuk kekalkan kedudukan status tanah-tanah ini bagi tujuan pembangunan keagamaan dan sosial unruk masyarakat Islam. Setiap pembangunan hendaklah dilaksanakan mengikut undang-undang dan hukum-hukum syarak. Orang-orang Islam menentang segala bentuk pembangunan bercorak komersial atau perniagaan yang dirancangkan oleh MAIPP dan Kerajaan Negeri.
MAIPP sebagai pemegang amanah tanah-tanah Wakaf perlu bertanggungjawab serta sensitif terhadap perasaan masyarakat Islam negeri ini. Masyarakat Islam bukan menentang pembangunan, tetapi semua projek-projek pembangunan di atas tanah-tanah Wakaf mestilah mengikut tu juan-tujuan asal tanah-tanah ini diwakafkan.
Tanah Wakaf Haji Kassim.
Penduduk-penduduk tanah Wakaf Haji Kassim, Kampung Makam telah menentang rancangan MAIPP dan Kerajaan Negeri untuk memajak tanah seluas 7 ekar itu kepada Tenaga Nasional Berhad (TNB) untuk projek pembangunan Ibu Pejabat TNB, kondominium dan komplek-komplek komesial. Mengapa ini harus berlaku? Mengapa MAIPP atau Kerajaan Negeri tidak boleh membangunkaii tanah Wakaf inl dengan projek-projek perumahan untuk orang-orang Islam yang miskin yang berpendapatan rendah, selain daripada projek baik pulih masjid yang sedia ada, dan pembinaan sekolah agama yang amat diperlukan.
Masyarakat Islam amat kesal dengan sikap negatif pihak MAIPP kerana telah membiarkan beberapa keping tanah Wakaf diseleweng dan disalahgunakan oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab. MAIPP telah membiarkan UMNO bahagian Jelutong mendirikan Penduduk tanah Wakaf mendakwa terdapat empat puluh buah kubur-kubur lama di mana tapak dewan itu terletak. Apakah Pemimpin-pemimpin UMNO sendiri sebagai orang-orang Islam tidak memahami hukum Islam,
Tanah Wakaf dan Masjid Simpanq Enam.
Kes tanah Wakaf dan masjid simpang enam masih dibicarakan di Mahkamah Tinggi Pulau Pinang dan saya tidak mahu menyentuh perkara ini.
Tanah Wakaf Kampunqr Sireh.
Bagaimanakah tanah Wakaf di Kampung Sireh (Corrington Avenue, Lot 291(I)TS4) telah terlepas ataupun dijual kepada orang perseorangan? MAIPP sepatutnya mencari jalan mendapatkan semula atau membeli balik tanah Wakaf ini.
Tanah Wakaf di Jalah Perak.
Tanah Wakaf yang sekarang ini Tainan Abidin di Jalan Perak, bagaimana mempertahankan tanah Wakaf ini.
Tanah Wakaf Kampunq Syed (Amah Copee).
Mengapa tanah Wakaf Kampung Syed seluas 2 ekar didiami oleh orang-orang kaya, keluarga Datok Syed Abbas AI Habshi, tanah Wakaf ini didirikan dengan banglo-banglo besar dan bukan untuk orang-orang miskin. Adakah sebab mer-eka ini pemimpin-pemimpin UMNO tempatan sehingga MAIPP tidak berani bertindak ke atas mereka.
Tanah Wakaf di Lebuh Buckingham dan Jalan Masjid Kapitan Kling.
Mengapa tapak-tapak bangunan di atas tanah Wakaf di Lebuh Buckingham dan Jalan Masjid Kapitan Kling dikenakan sewa denagan kadar yang nominal sahaja. Bagaimana sebuah lagi tanah Wakaf di Lebuh Buckingham dipajakkan kepada MARA untuk membangunkan sebuah komplek komesial yang disewa dengan harga ruang pejabat dan kedai dengan kadar 50 sen bagi setiap kaki persegi yang mana sekarang diketahui MARA akan manaikkan kadar sewa ini kepada kadar RM1.00 setiap kaki persegi? Berapakah kadar sewa yang dikenakan oleh MAIPP kepada MARA di atas pajakan tanah Wakaf ini?
Tanah-tanah Wakaf di Lebuh Chulia.
Bagaimanakah kedudukan tanah-tanah Wakaf di Lebuh Chulia (Alim Tawaleh) dan yang Iain-lain. Berapakah sewa yang dikenakan ke atas tanah Wakaf berkenaan yang dipajak untuk tempat letak kereta?
DAP memberi pengakuan sepenuhnya untuk membela serta mempertahankan setiap inci tanah-tanah Wakaf daripada diselewengkan atau disalahgunakan oleh mana-mana pihak termasuk MAIPP yang bertanggungjawab sebagai pemegang amanah. DAP mencadangkan supaya sebuah suruhanjaya ditubuhkan bagi menyiasat kedudukan tanah-tanah Wakaf, di seluruh negeri Pulau Pihang dan tindakan yang sewajarnya diambil keatas mana-mana pihak yang telah menyeleweng dan menyalahgunakan tanah-tanah Wakaf ini.

2. Tanah-tanah milik Melayu diambil alih oleh Keralaan dengan harqa yang rendah.
Banyak tanah-tanah milik Melayu telah diambilalih atau dibeli oleh Kerajaan melalui ajensi seperti PERDA di atas nama pembangunan dengan harga yang murah mengikut status tanah pertanian. Pihak berkuasa dan pemaju-pemaju yang terlibat membangunkan tanah-tanah ini menjadi kaya sedangkan pemilik tanah kehilangan tanah dan penduduk-penduduk Melayu di kawasan-kawasan terbabit terpaksa berpindah ke tempat-tempat lain.
Pengambilan alih tanah-tanah Melayu oleh PERDA boleh dianggapkan sebagai ‘rampasan’ berlaku secara berleluasa di Seberang Perai, khususnya di Kawasan Telok Ayer Tawar.
Orang-orang Melayu yang memiliki tanah amat kecil bilangannya. Sepatutnya Kerajaan Negeri mengambil tindakan membantu mereka dalam membangunkan tanah-tanah milik mereka supaya dapat memberi keuntungan dan pulangan yang lebih tinggi serta menfaatkan mereka bagi jangka masa yang panjang.
Kini orang-orang Melayu Pulau Pinang merasai projek-projek pern-bangunan yang mewah di merata tempat telah mengancam kehidupan dan kedudukan mereka, dan ramai di antara mereka telah berhijrah ke negei-i jii~an kerana ticlak mampu hidup di negeri ini.
3. Rakyat berpendapatan rendah perlu rumah kos rendah.
Majoriti dari kalangan rakyat Pulau Pinang adalah dari golongan berpendapatan rendah yang makan gaji, peniaga-peniaga kecil dan penjaja-penjaja. Mereka hanya mampu memiliki rumah-rumah kos rendah. Malangnya Kerajaan Negeri telah gagal mengatasi masalah utama ini kerana pembinaan rumah-rumah kos rendah jauh daripada permintaan dan kerperluan rakyat. Sekarang, apabila hampir pilihanraya umum diadakan semula kedengaran pemimpin-pemimpin BN termasuk Timbalan Perdana Menteri melaung-laung untuk membina rumah-rumah kos rendah di seluruh negara. Pemimpin Barisan Nasional negeri Pulau Pinang juga melaungkan demikian. Apakah ini suatu gimik pilihanraya oleh BN.
4. Projek Perumahan UDA Membebankan pembeli-pembeli rumah.
Pembeli-pembeli projek perumahan UDA di negeri ini, khususnya Rumah Pangsa UDA Kelawai, Tanjung Tokong dan Kampong Nyak Putih merasai tertipu oleh pihak UDA dan Kerajaan Negeri oleh sebab beberapa kepincangan yang berlaku termasuk harga yang tinggi dan syarat-syarat yang tidak sesuai.
i) Rumah Pangsa UDA Kelawai.
Yayasan Bumiputra Pulau Pinang telah menjualkan sebidang tanah di Kelawai kepada UDA dengan harga namaan RM1.00 untuk dibangunkan 90 unit rumah pangsa harga sederhana bagi penduduk-penduduk Melayu di kawasan Kelawai. Penduduh-penduduk yang terlibat telah disuruh berpindah masuk ke rumah pangsa berkenaan pada bulan Februari 1988 sebagai penyewa dengan dikenakan kadar bayaran sewa RM320 termasuk bayaran penyengelaraan sebelum perjanjian jual beli rumah-rumah pangsa berkenaan dimenteraikan dengan penduduk-penduduk itu.
Setelah hampir empat tahun kemudian UDA telah menetapkan harga rumah pangsa berkenaan sebanyak RM85,000 lot tengah, dan RM88,000 lot tepi. Penghuni-penghuni yang terlibat telah mempertikaikan harga rumah yang telah ditetapkan oleh UDA dan mereka mempunyai bukti-bukti yang cukup bahawa setiap unit rumah berharga lebih kurang RM60,495.69 setelah potongan 10% yang dipersetujui oleh UDA harga jualan seunit rumah berkenaan ialah lebih kurang RM54,446.12.
Penghuni rumah pangsa UDA Jalan Kelawai Mempunyai bukti seperti berikut:

1. Pada 16hb Mac 1983 satu perjanjian jualbeli urituk membeli rumah pangsa UDA di Jalan Kelawai telah ditandatangani di antara UDA di antara UDA dan pihak YAYASAN BUMIPUTRA. Harga jualan adalah sebanyak………. RM 6,049, 569.16
2. Pada 30 Disember 1982 pihak YAYASAN BUMIPUTRA telah menjelaskan bayaran pendahuluan 10% berjumlah……… RM 604,956.92
3. Baki 90% yang belum dijelaskan oleh pihak YAYASAN BUMIPUTRA kepada UDA adalah berjumlah………. RM 5,444,612.20
4. Baki yang mesti clitawarkan oleh pihak UDA kepada penduduk mestilah berpandukan kepada prenggan
(3)iaitu………. RM 5,444,612.20
(i) 90 unit RM60,495.69
(seunit)
(ii) Potong 10% -RM 6,049,57
(iii)Harga Jualan RM54,446.12
(iv) Tolak sewa yang dibayar hingga 31hb Dis.1993 -RM18,480.00
(v) Baki harga yang patut dijelaskan RM35,966,12

5. Berpandukan perkiraan di atas mengapakah UDA menawarkan harga RMS 5,000.00 dan RM88,000.00 iaitu RM24,504.31 dan RM27,504.31 lebih daripada harga yang dijual kepada YAYASAN BUMIPUTRA?
6. Mengapakah kesilapan yang telah dilakukan oleh YAYASAN BUMIPUTRA clan UDA dibebankan kepada penduduk?
Adakah pihak YAYASAN BUMIPUTRA dan UDA sedar bahawa penghuni-penghuni rumah pangsa Kelawai majoritinya terdiri daripada golongan yang berpendapatan rendah. Saya desak supaya YB Timbalan Ketua Menteri selaku pengerusi YAYASAN BUMIPUTRA Pulau Pinang memberi penjelasan yang penuh keatas kepincangan rumah pangsa UDA di jalan Kelawai.
(ii) Flet UDA Tan long Tokonq.
Sejak lebih daripada tiga tahun hingga ke hari ini kepincangan berhubung dengan isu Flet UDA Tanjong Tokong belum dapat diselesaikan, Penghuni-penghuni Flet 16 tingkat telah mendesak pihak Kerajaan Negeri dan UDA melaksanakan skim sewa beli bagi mereka yang terdiri dari golongan berpendapatan rendah. Mereka yang terlibat tidak mampu membuat pinjaman perumahan yang dikenakan kadar faedah yang tinggi.
Penduduk-penduduk asal Tanjong Tokong yang diberi mengikut syarat rumah digantikan rumah telah dijanjikan akan diberikan flet tiga bilik tetapi masih tinggai di flet yang mempunyai dua bilik. Apakah tindakan yang diambil oleh pihak Kerajaan Negeri dan UDA bagi menyelesaikan masalah ini yang sudah lama berlarutan.
(iii) Rumah Pangsa UDA Kamponq Nyak Putih.
Penduduk-penduduk Kampong Nyak Putih, Jalan Petani amat kecewa dengan projek rumah pangsa UDA Halaman Damai kerana membina hanya seratus dua puluh satu unit flet kos rendah dan sehanya 121 flet kos sederhana berharga RM65,000.00 dan 168 unit flet kos tinggi yang berharga RM68,000.00 seunit yang dijangka siap tidak berapa lama lagi. Penduduk-penduduk Kampong Nyak Putih dan di kawasan persekitarannya amat memerlukan Flet kos rendah tetapi UDA hanya membina 30% sahaja dari projek berkenaan.
Ada di antara penduduk-penduduk asal di tapak projek flet berkenaan dipaksa berpindah dengan janji untuk diberi pampasan dan keutamaan untuk membeli flet kos rendah tetapi sekarang tidak dapat membelinya kerana tidak dapat memenuhi syarat-syarat yang dikenakan oleh pihak pemaju Duniaga Sdn. Bhd. Disebabkan penduduk-penduduk tempatan tidak mampu memenuhi syarat-syarat untuk membeli flet-flet berkenaan maka pemaju telah menjual flet-flet berkenaan kepada orang-orang luar. Oleh yang demikian tujuan Kerajaan Negeri untuk menyediakan rumah-rumah untuk penduduk Kampong Nyak Futih dan kawasan sekitarannya tidak berjaya dilakukan.
(iv) Projek Perumahan UDA di Persisiran Pantai Jelutonq.
UDA Melalui anak syarikat UDABINA Sdn. Bhd. merancang projek perumahan di atas kawasan seluas 15.1 ekar yang mengandungi 360 unit rumah kos rendah dua bilik tidur, 606 unit rumah kos sederhana tlga bilik tidur dan 280 unit kondominium. Mengikut maklumat yang diterima projek ini dijadualkan bermula pada 1994 dan siap dalam tempoh empat tahun. Projek perumahan ini terletak di kawasan dari Jalan Kota Giam sehingga Jalan Hajjah Rehmah, Jelutong.
Saya ingin tahu apa akan terjadi kepada penduduk-penduduk yang tinggal di kawasan berkenaan khursusnya mereka yang tinggal di rumah-rumah atas air di persisiran pantai Jelutong? Apakah tawaran yang diberikan serta syarat-syarat yang dikenakan ke atas penduduk-penduduk yang terlibat untuk berpeluang memiliki rumah-rumah dari projek UDA itu?
Bagaimanakah pihak pemaju akan menyelesaikan masalah mereka yang miskin dan yang berpendapatan rendah jika tidak mampu memenuhi syarat-syarat yang dikenakan untuk memiliki rumah-rumah UDA yang berkenaan?
Masalah-masalah yang dihadapi oleh rakyat biasa Pulau Pinang termasuk orang-orang Melayu perlu diberi perhatian yang serius. DAP berbangga dengan usaha pemimpin-pemimpin Melayu DAP kerana telah mengambil berat untuk menyeliti masalah-masalah yang dihadapi oleh orang-orang Melayu negeri ini dan usaha-usaha ini bukanlah kerana perkauman. Kita juga berbangga kerana orang-orang Melayu telah sedar dan menerima DAP sebagai parti alternatif yang boleh membentuk Kerajaan Negeri Pulau Pinang.
Kami tahu parti-parti komponen BN seperti UMNO, Gerakan dan MCA tidak senang hati dengan usaha-usaha yang dijalankan oleh DAP untuk menjayakan Projek Tanjong 3 bagi menawan Pulau Pinang dalam pilihanraya umum akan datang.